NuffnangX

Friday, June 15, 2012

BORONG MEMBORONG DI KENANGA WHOLESALE CITY

Last monday 11th june me and sisters dapat la jugak jejak kaki ke KENANGA WHOLESALE CITY(KWC) ni.. kalau tengok building kwc ni dari luar memang besar sangat la sampai bertingkat-tingkat. comfortable gak berjalan kat sini sebab luas and berhawa dingin tu yang penting. tapi pasal ari tu tak bawak budak-budak so takde la kecoh sangat. 

mission semata-mata nak mencuci mata and survey harga la.. tapi belum apa-apa lagi masuk 1 kedai tanya harga makkk aiihhhh memang rasa rabak la poket sebab harga memang murah semurah murahnya. cuma tu la kedai kasut tak banyak sangat .. ade tu untuk wholesale saje and ade tu retail gak.. best gak kedai-kedai kat sini sebab kat cermin kedai diorang ade sticker WHOLESALE & RETAIL..takde la ragu-ragu nak masuk and tanya sama ada boleh beli 1 barang ke tidak. 




*location map*


i tell u memang heaven la kalau jalan kat sini. semua barang murah giler sebab ade tu bagi harga wholesale.. ok la let say kalau 1 barang tu agak mahal skit tapi kalau amek 3 barang atau 1 dozen memang harga jadi sangat murah.. tapi kena make sure ade ramai geng la baru syok sikit membeli. ada 15 tingkat kalau tak silap tapi yang sebetulnya kedai-kedai yang ade cuma sampai 7 tingkat.. yang lain tu ofis and wholesale outlet! 


sampai je kakak aku serbu kedai kasut..test ape semua tak puas hati dia ajak gi tingkat atas sebab tengok directory ade shoes nyer kedai tapi pusing-pusing naik setingkat-setingkat tak kesudah jumpa beberapa kedai je. 


last sekali mision mencari kasut telah beralih arah ke mission mencari baju lak by my sister..and my other sister lak nak mencari handbag. pun harga masih murah kalau amek lebih dari satu barang. serius boleh jadi manusia boros kat sini kalau tengok semua barang best-best belaka.






cemin mata pun dah macam-macam bentuk dah.. harga retail macam biasa la dalam rm20+ tapi kalau amek banyak diorang boleh bagi harga kurang.


last sekali dapat la jugak tangkapan menarik iaitu kasut kakak-kakak aku beli sampai berpasang-pasang.. cantik kan kasut-kasut ni? 

rasa macam nak jual kasut la camni. amacam okay tak? hurmmm this could be a great business to start kan.. 



memandangkan model-model dah try kan kasut ni dan feedback si pemakai kata very comfy so ingat nak try jual ye tak! 

*curi gambar dari album kakak-kakak aku*


okaylah lepas ni nak pegi lagi since dah nak dekat raya ni nak mencari baju raya.. baju budak-budak pun banyak jugak and murah sesangat.

okaylah sambung citer lain on my next post ya..

sekian..assalamualaikum..

No comments: